Home > Indahnya Kasih > ~Kelebihan Bersedekah~

~Kelebihan Bersedekah~

KELEBIHAN BERSEDEKAH

[Indahnya Islam]

indahkhairani.wordpress.com

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

Sedekah bererti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan khususnya fakir dan miskin dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Bersedekah merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam kerana kelebihannya yang begitu besar. Antaranya dapat meringankan beban mereka yang berhajat dan memerlukan bantuan, membuang perasaan tamak dan sombong dalam diri, mengeratkan hubungan silaturrahim di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

sedekah4

Amalan bersedekah tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya, malahan orang-orang yang berpendapatan rendah pun dituntut supaya bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing. Sedekah pula terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada sedekah dengan wang ringgit, pakaian, makanan, sumbangan tenaga dan sebagainya.

Hadith di atas menjelaskan tentang kelebihan dan ganjaran pahala terhadap orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala. Sesungguhnya banyak ganjaran yang akan diberikan kepada mereka yang rajin bersedekah. Walaupun secara zahirnya harta mereka nampak berkurangan ketika menghulurkan sumbangan, tetapi hakikatnya mereka tidak perlu bimbang kerana harta berkenaan sentiasa bertambah dengan bertambahnya keberkatan terhadap hartanya itu. Allah telah berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalanNya dengan kebaikan.

Sebagai umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah, kita diseru supaya bersifat tawaduk dan rendah diri. Sedekah yang dihulurkan pula bukan bertujuan untuk mengharapkan balasan berbentuk pujian atau wang ringgit. Kita juga dilarang bersikap riak, menunjuk-nunjuk atau mengungkit-ungkit setiap pemberian kita kerana amalan yang tidak ikhlas itu tidak akan sampai kepada Allah dan tiada ganjaran pahala.

Dapatlah disimpulkan di sini, bahawa sedekah itu adalah suatu amalan yang mulia. Di dalam hadith yang lain ada menyebutkan bahawa jika mati seorang anak Adam, maka putuslah segala pahala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah dan doa anak yang soleh.

Begitu besarnya kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang rajin bersedekah. Sedekah yang tersembunyi itu pula adalah lebih baik daripada sedekah secara terang-terangan kerana ia lebih dekat kepada keihklasan dan juga lebih jauh daripada perasaan riak yang pastinya akan merosakkan amalan.

2164829333_2d3242e4b9

Categories: Indahnya Kasih
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: