Home > Cantiknya Ibadah > ~Menghormati Jiran~

~Menghormati Jiran~

MENGHORMATI JIRAN

[Cantiknya Ibadah]

indahkhairani.wordpress.com

IMG_7739

Islam sangat menuntut umatnya agar berakhlak mulia dengan jiran tetangga. Jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita. Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan 40 buah rumah, sama ada dari sebelah kiri, kanan, depan dan belakang.

Konsep kejiranan amat penting kerana tidak ada seorang pun yang boleh hidup sendirian tanpa orang lain di sekelilingnya. Oleh itu, kita hendaklah menghormati jiran kita walaupun berlainan agama. Amalan menghormati jiran amat dituntut sehingga ia sering dikaitkan dengan keimanan kita terhadap Allah. Sebuah hadith ada menjelaskan,

“Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya”. (Riwayat Muslim).

Ini membuktikan betapa pentingnya menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga, kerana jiran juga ada hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Mudah-mudahan kita akan dapat hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, bersatu padu dan bahagia. Seterusnya dapat membentuk sebuah masyarakat yang teguh dan dapat menyokong kemajuan dan kestabilan Negara.

Antara hak-hak jiran yang perlu kita laksanakan dan perlu dijaga dengan sempurna ialah:
• Membina hubungan yang baik dan mesra dengan mereka. Jangan sesekali menyakiti hati mereka baik dari segi perbuatan, percakapan mahupun rauh wajah kita.
• Mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan membuat bising atau bercakap dengan bahasa yang kasar, kesat dan memalukan seperti menghina, memfitnah, mengadu domba atau tuduh- menuduh.
• Sentiasa bermanis muka seperti memberi salam, bertanya khabar dan bertegur sapa.
• Jika jiran meninggal dunia, hendaklah menziarahinya dan menghantar jenazahnya ke pusara.
• Mengamalkan sikap tolong- menolong.
• Mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.
• Bersefahaman dan sentiasa mengelakkan perselisihan faham yang membawa kepada perpecahan.
• Memberi bantuan jika mereka berada dalam kesusahan sama ada bantuan harta benda mahupun tenaga.
• Jangan mengganggu mereka dengan bau makanan yang sedang dimasak kecuali kita memang berniat hendak memberi mereka sedikit makanan.
• Berbaik sangka dengan mereka demi untuk mengelakkan fitnah.
• Menyenangkan hati mereka ketika mereka berada dalam kedukaan.
• Bersikap prihatin terhadap jiran. Bantulah mereka sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan dan memerlukan pertolongan kita.
• Jangan memandang sinis terhadap jiran umpamanya dengan perasaan sombong, riak dan menghina terhadap jiran yang kurang berkemampuan.

30052009109

About these ads
Categories: Cantiknya Ibadah
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: