Home > Dakwah Menuju Allah > ~Pengurusan dan Cabaran Dakwah Kontemporari~

~Pengurusan dan Cabaran Dakwah Kontemporari~

PENGURUSAN DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

[Dakwah Menuju Allah]

indahkhairani.wordpress.com

0037

Agama adalah perkara yang sangat sensitif, walaubagaimanapun Islam mesti dikembangkan sebagai satu tanggungjawab atas setiap individu Muslim. Setiap orang Islam adalah juga seorang pendakwah yang mesti menyeru kepada Islam. Bagaimanakah Islam dapat disampaikan sebagai cara hidup kepada setiap bangsa di negara ini? Tentu saja dakwah Islam mesti terlebih dahulu diuruskan oleh suatu sistem pengurusan yang cekap dan strategik sehingga dapat menguruskan umatnya sebelum dapat diterima oleh orang bukan Islam.

Mesej yang ingin disampaikan oleh pendakwah Muslim mestilah sistematik dan melibatkan perancangan yang teliti, organisasi yang berstruktur dan menggunakan tenaga manusia yang berkualiti serta diyakini. Apakah dalam era sekarang, dakwah Islamiah masih dapat disampaikan melalui ceramah, kuliah subuh, usrah, qiamullail, bengkel dan seminar?

Pengurusan kontemporari bermaksud menguruskan diri dan organisasi menggunakan kaedah, strategi serta langkah-langkah terkini dan sesuai dengan perubahan persekitaran selagi tidak melanggari batas-batas syara’. Pengurusan dakwah sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gaya kepimpinan yang selari dengan matlamat asal dakwah.

Cabaran kontemporari merupakan rintangan dan ujian masa kini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dakwah. Cabaran ini terbahagi kepada 2 iaitu dalaman dan luaran.

Contoh cabaran dalaman ialah:
• Kelemahan aspek tarbiyyah
• Lemah iman
• Roh jihad pudar
• Cinta nafsu
• Nafsu su’
• Karat-karat jahiliah
• Tabiat jahat yang disayangi
• Ilmu yang tidak lengkap
• Takut menyatakan kebenaran Islam dan mendedahkan jahiliah

Contoh cabaran luaran ialah:
• Pengaruh ahli keluarga
• Pengaruh persekitaran
• Perancangan musuh-musuh Islam
• Tekanan golongan benci kepada dakwah
• Perpecahan umat
• Dakwah tidak dirasai
• Kefahaman dan amalan masyarakat yang bercampur aduk
• Sumber kewangan terhad
• Sumber tenaga daie terhad
• Tiada sokongan masyarakat
• Gerakan hedonisme
• Kebendaan menguasai masyarakat

Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah
Empat aspek utama yang perlu diberi penekanan kepada para daie adalah:
1) Kebersihan rohani (keimanan dan keikhlasan)
2) Kekuatan jasmani (kekuatan fizikal)
3) Ketinggian ilmu (ilmu syara’ dan ilmu waqie)
4) Ketahanan emosi (daya juang)

Lima perkara dalam mengurus dakwah:
1) Daie Murabbi (pendakwah-pendidik)
2) Mad’u (orang yang didakwahkan)
3) Maudu’ (tajuk dakwah)
4) Manhaj (sistem pengurusan dakwah)
5) Biah (suasana)

doa-mustajab

Persiapan Pendakwah


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Surah al-Anfal: 60)

Pendidikan dan latihan yang lengkap dan menyeluruh (tarbiyyah syumuliyyah)
1) Latihan meningkatkan keimanan seperti solat malam, bacaan al-Quran dan zikrullah.
2) Latihan meningkatkan keilmuan seperti menyambung pengajian sama ada secara formal atau tidak formal.
3) Latihan meningkatkan kekuatan fizikal seperti latihan fizikal secara outdoor.
4) Latihan pengukuhan emosi dengan meningkatkan kefahaman tugas dan tanggungjawab, keikhlasan dalam melaksanakan tugas, sanggup berjihad dan sebagainya.

Dakwah adalah cara hidup dan menjadi darah daging kita semua. Pengurusan dakwah secara lebih terancang dan sistematik merupakan aspek yang sangat penting dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Categories: Dakwah Menuju Allah
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: