bismillahirrahmanirrahim

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

assalamualaikum14

~Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia Dihulurkan Tanda Persaudaraan Antara Kita~

2_676872110l

~Semoga Beroleh Manfaat Dan Kebaikan Dalam Pelayaran Mencari Redha Ilahi~

th_tqforvisiting

~Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur~

October 1, 2009 Leave a comment

ALLAH TAMBAH NIKMAT JIKA BERSYUKUR

[Indahnya Islam]

indahkhairani.wordpress.com

berdoa

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung, mata dan sebagainya sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemahnya manusia ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat contohnya, kita dapat mendengar, bercakap dan sebagainya.

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Nikmat bersifat fitri atau asasi, iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang, iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl ayat 78) Read more…

Categories: Indahnya Kasih

~Hukum Mengerat Kuku~

October 1, 2009 Leave a comment

HUKUM MENGERAT KUKU

[Islam dan Amalan]

indahkhairani.wordpress.com

kuku

Barang siapa yang mengerat kuku pada: Read more…

Categories: Islam dan Amalan

~Adab Menguap~

October 1, 2009 Leave a comment

ADAB MENGUAP

[Islam dan Amalan]

indahkhairani.wordpress.com

47006374baa7043a79bn5

1. Menahan menguap sekadar termampu.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi Muhammad saw, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: sesungguhnya Allah suka orang yang bersin, lalu mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallah’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sesungguhnya apabila seseorang menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Apabila seseorang menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya. Read more…

Categories: Islam dan Amalan

~Doa Wuduk~

October 1, 2009 Leave a comment

DOA WUDUK

[Cantiknya Ibadah]

indahkhairani.wordpress.com

wuduk

Tahukah anda, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk. Berikut adalah cara-cara mengambil wuduk yang sempurna. Wuduk yang sempurna, insyaallah akan memberi kekhusyukan ketika sembahyang. Read more…

Categories: Cantiknya Ibadah

~10 Jenis Orang Islam Yang Kejam~

October 1, 2009 Leave a comment

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
[Tazkiyatun Nafs]
indahkhairani.wordpress.com

2_976914814l

Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh jenis daripada kekejaman ialah:

1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2) Seorang yang membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4) Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seorang yang sampai di suatu ibu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6) Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu.

Categories: Tazkiyatun Nafs

~Balas Budi Melalui Doa~

September 28, 2009 Leave a comment

BALAS BUDI MELALUI DOA

[Islam dan Amalan]

indahkhairani.wordpress.com

doa

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi dan menghargai budi yang diberikan orang lain. Read more…

Categories: Islam dan Amalan

~5 Perkara Yang Mesti Disegerakan~

September 28, 2009 Leave a comment

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

[Islam dan Kita]

indahkhairani.wordpress.com

jalan

Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima perkara yang termasuk sunnah Rasulullah saw:
1) Memberi makan tetamu apabila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat apabila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, apabila cukup umur.
4) Membayar hutang, apabila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, apabila ia telah melakukannya.

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA:

Daripada Sufyan Sauri: Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul dalam dirinya lima perkara:
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

Categories: Islam Dan Kita
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.