Home > Biasan Hati > ~Jauhi Mentaliti Interior~

~Jauhi Mentaliti Interior~

JAUHI MENTALITI INFERIOR

[Biasan Hati]

indahkhairani.wordpress.com

12_8X6

Pernahkah anda berasa takut untuk menjawab pertanyaan guru kerana anda khuatir jawapan yang bakal diberikan salah?? Ataupun anda menolak tawaran menyertai pertandingan kerana berasa diri tidak bagus?? Ini bermaksud anda mungkin tergolong dalam golongan pelajar yang mempunyai mentaliti inferior.

Tahukah anda apa itu mentaliti inferior?? Ia adalah satu perasaan tidak yakin terhadap kebolehan diri, serta takut menghadapi cabaran. Mentaliti seperti ini perlu kita hindari kerana ia akan menjurus kepada kegagalan. Marilah kita sama-sama renungi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). ( Surah at-Tiin:4)

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Bukan kerana kita sempurna, tetapi kerana kita dianugerahkan akal fikiran. Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan. Tetapi orang yang cemerlang adalah orang yang tidak menjadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk sentiasa tunduk dan terus berada di belakang. Orang yang hidup disebalik kelemahan diri inilah orang yang mempunyai mentaliti inferior. Mereka lebih suka berlindung dan mengeluh dengan kekurangan yang ada, daripada menggunakan kelebihan yang dianugerahkan untuk menjadi lebih maju. Mereka juga tidak yakin dalam segala perbuatan kerana sering memikirkan kekalahan sejak dari awal.

Cuba kita perhatikan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda tidak tahu membaca mahupun menulis, baginda tidak menjadikannya sebagai alasan untuk lari dari tangunggjawab sebagai Rasul. Tetapi baginda tetap yakin dan terus berusaha berdakwah menyebarkan ajaran Islam. Buktinya Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Setiap orang pastinya mahu menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup. Jadi, anda perlulah yakin pada diri sendiri kerana ia adalah langkah pertama menuju kecemerlangan. Tanpa keyakinan terhadap diri sendiri, setiap orang tidak akan mampu untuk memulakan usaha.

Justeru itu, anda perlulah menanam dalam diri perasaan yakin pada kebolehan diri. Sentiasa bersemangat dalam apa jua perbuatan dan berkatalah “saya boleh melakukan”. Hindarilah mentaliti inferior dalam apa jua perbuatan. Nescaya anda akan menjadi insan yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat.

14_8X6

Categories: Biasan Hati
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: