Home > Tauladan > ~Berjiwa Penyayang Seperti Nabi~

~Berjiwa Penyayang Seperti Nabi~

BERJIWA PENYAYANG SEPERTI NABI

[Tauladan]

indahkhairani.wordpress.com

muhammad

Manusia secara nalurinya dikurniakan perasaan kasih sayang. Perasaan ini amat penting dalam kehidupan. Orang yang hidupnya dilimpahi dengan kasih sayang akan sentiasa ceria kerana jiwanya tidak kosong. Sebaliknya mereka yang kurang mendapat kasih sayang akan hidup tanpa arah tuju yang jelas. Selain daripada kasih sayang kepada ibu bapa, ahli keluarga serta sahabat, perlulah juga diingat bahawa ada insan lain yang memerlukan kasih dan perhatian kita. Antaranya anak yatim, orang kurang upaya, warga emas tanpa waris termasuk juga saudara muslim kita yang teraniaya dan dizalimi. Apabila adanya sifat kasih dan sayang kepada golongan ini sudah pasti kita akan membantu mereka dengan seikhlas hati.

Amalan berkasih sayang ini sebenarnya telah disarankan oleh Islam sejak awal lagi seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri. Terdapat banyak sunnah baginda yang menyarankan supaya kita berakhlak mulia antaranya sifat berkasih sayang sesama Muslim. Baginda seorang yang berjiwa penyayang bukan sahaja terhadap isteri-isterinya, anak-anak dan cucunda baginda tetapi juga kepada seluruh umat manusia. Apa yang dilakukan oleh para sahabat juga merupakan ikutan daripada apa yang mereka telah saksikan dari diri Rasulullah.

Dalam surah al-Ahzab ayat 21 bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Banyak peristiwa yang membuktikan Rasulullah seorang yang berjiwa penyayang, antaranya baginda sering membelai cucunda baginda iaitu Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin RA. Pernah suatu ketika baginda bermesra dengan kedua-dua cucunya itu yang berjalan sambil bergayut pada kedua-dua belah sisi baginda, lalu baginda berjalan dengan mereka berdua seraya bersabda, “Sebaik-baik unta, unta kamu berdua, sebaik-baik penunggang, kamu berdua.”

Perasaan kasih sayang itu bukan sahaja ditujukan kepada sesama manusia tetapi juga kepada makhluk Allah yang lain seperti binatang mahupun terhadap alam sekitar. Walaupun manusia mempunyai kedudukan yang tinggi tetapi mereka akan menerima balasan azab siksaan sekiranya melakukan penganiayaan dan bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap makhluk lain.

kasih-dan-cinta-lillahi-taala

Sesungguhnya Islam menyanjung tinggi amalan berkasih sayang kerana inilah ciri atau tanda orang yang beriman kepadaNya. Insan yang berkasih sayang sesama Muslim akan mendapat kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Sebaliknya apabila lenyap sifat kasih sayang tersebut akan menghalang seseorang daripada mendapatkan kasih sayang dan rahmat Allah. Oleh itu, elakkan sifat yang boleh merosakkan sifat kasih sayang seperti membenci, bermusuhan, berdendam, memutuskan hubungan silaturrahim dan sebagainya.

Categories: Tauladan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: