Home > Islam Dan Kita > ~Budaya Tegur Menegur~

~Budaya Tegur Menegur~

BUDAYA TEGUR MENEGUR

[Islam dan Kita]

indahkhairani.wordpress.com

jangan_tegur[1]

Amalan tegur menegur merupakan asas di dalam konsep amal makruf nahi mungkar. Untuk menjadikan amalan ini sebagai satu budaya bukanlah sesuatu yang susah. Semua orang boleh membuat teguran terutamanya dalam berdakwah. Jika melihat seseorang melakukan kesalahan, maka tegurlah dia. Mudah-mudahan dengan teguran itu bukan sahaja dapat membetulkan kesalahan mereka, tetapi ia juga dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama. Ingatlah bahawa sudah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesalahan, dan amalan tegur menegur ini dapat membantu kita untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang dan seterusnya membentuk ummah yang gemilang.

Ini dapat diperhatikan dalam firman Allah surah az-Zariyat ayat 55 yang bermaksud:
Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

324979610l

Walau bagaimanapun, teguran yang dibuat mestilah dengan cara yang betul dan berhikmah supaya ia dapat memberi kesan positif kepada penerima. Terlebih dahulu, kita hendaklah berilmu dan yakin dengan apa yang ditegur kerana kita tidak mahu dikatakan hanya bercakap kosong. Teguran yang dilakukan juga perlulah dalam keadaan dan masa yang sesuai supaya ia dapat menjaga keaiban orang lain, di samping mengelakkan perasaan riak di dalam diri kita.

Sebaik-baiknya tegurlah secara peribadi dan dalam keadaan yang tenang dan sabar. Jangan sesekali membuat teguran di khalayak ramai secara terbuka kerana ia hanya akan menimbulkan perasaan malu dan aib. Tegurlah dengan kata-kata yang sopan dan lembut. Kata-kata herdikan dan marah tidak semestinya dapat membetulkan kesalahan orang lain, tetapi hanya akan menimbulkan perasaan benci dan permusuhan. Ingatlah bahawa hanya kata-kata nasihat yang lembut mampu mencairkan hati yang keras, umpama air yang menitik dapat melekukkan batu yang keras.

Haruslah juga diingat bahawa di samping keperluan kita menegur orang lain, kita juga mestilah bersedia untuk menerima teguran. Dengarlah teguran yang diberi dengan tekun dan ambillah peluang untuk kita muhasabah diri. Sesungguhnya dengan adanya budaya tegur menegur ini kita semua dapat menjadi seorang muslim yang kamil dan lebih cemerlang.

Categories: Islam Dan Kita
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: