Home > Tazkiyatun Nafs > ~Menjauhi Maksiat~

~Menjauhi Maksiat~

MENJAUHI MAKSIAT

[Tazkiyatun Nafs]

indahkhairani.wordpress.com

logo-anda-bijak-jauhi-zina

Sesungguhnya Islam mensyariatkan dua bentuk amalan kepada umat manusia iaitu pertama dalam bentuk perintah mengerjakannya manakala keduanya perintah larangan daripada mengerjakannya. Kedua-dua perintah dan larangan itu adalah dituntut daripada dilakukan oleh manusia amnya serta orang-orang Islam khasnya.

Dalam memenuhi tuntutan syariat tersebut, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama itu lebih berat berbanding melaksanakan perintah-perintah agama. Setiap orang mampu melaksanakan perintah-perintah agama sebaliknya bukan semua orang mampu melawan godaan nafsu syaitan yang mengajak untuk berbuat maksiat dan perkara mungkar.
Tanpa disedari, kadangkala setiap hari kita berbuat maksiat kepada Allah iaitu melanggar larangan Allah sama ada dengan anggota-anggota tubuh badan atau lainnya. Pada hal anggota tubuh ini Allah kurniakan kepada hamba-hambanya untuk memikul amanah-amanah yang tertentu yang telah Allah tetapkan. Tetapi sebagai hamba kita selalu alpa dengan larangan-larangan tersebut.

Sesungguhnya Allah jadikan mata untuk hambaNya dapat melihat perkara-perkara yang baik yang boleh mendatangkan pahala. Telinga pula diciptakan Allah untuk dapat mendengar firman Allah dan sabda Nabi serta mendengar perkara-perkara yang baik, bukannya mendengar perkara yang ditegah oleh Allah. Lidah (mulut) pula diciptakan agar kita sentiasa dapat berzikir mengingati Allah bukannya untuk mengumpat, apalagi mencaci maki orang lain.

1204730991_efbe350954_b

Begitu juga anggota lain yang diciptakan Allah kepada hamba-hambaNya itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin mengikut perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Ingatlah bahawa setiap anggota badan yang Allah jadikan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak terhadap apa yang diperbuat oleh setiap orang itu.
Oleh itu jauhi segala larangan Allah dan lakukanlah segala perintah Allah dengan hati penuh ikhlas dan tawadhu’. Bertaqwalah kepada Allah dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja kita berada.

Categories: Tazkiyatun Nafs
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: