Home > Indahnya Kasih > ~Prinsip Keluarga Islam~

~Prinsip Keluarga Islam~

PRINSIP KELUARGA ISLAM

[Indahnya Kasih]

indahkhairani.wordpress.com

gallery-msg-118104909056

Islam telah menggariskan pembentukan keluarga berasaskan prinsip yang terang dan jelas. Tanpa prinsip itu, rumahtangga yang dibina sukar melepasi cabaran dan rintangan yang mendatang. Antara prinsip yang digariskan oleh Islam adalah:

1) Akidah
Menurut Islam, keluarga tidak mungkin dibina tanpa diasaskan atas akidah dan keimanan. Oleh kerana itu, Islam melarang umatnya sama ada lelaki mahupun perempuan berkahwin dengan orang bukan Islam.
Dalam konteks pembentukan sebuah keluarga bahagia, akidah yang mantap akan menjadi asas kekuatan sesebuah rumahtangga. Pegangan akidah yang mantap akan menanamkan keimanan yang teguh terhadap Allah dan akan mendorong pasangan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Hasilnya sebuah keluarga yang dibina akan memperolehi kehidupan yang baik dan diredhai Allah SWT.

2) Penghayatan Agama
Agama adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam membentuk rumahtangga. Tanpa agama pasangan suami isteri gagal membina dan mencipta sebuah keluarga bahagia. Sebaliknya, dengan kemurnian nilai agama ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtangga dapat diwujudkan. Ia juga merupakan pendorong dan semangat untuk amanah serta melaksanakan kewajipan masing-masing dengan sempurna. Malah agama juga berfungsi sebagai pemupuk dan penyubur perasaan cinta dan kasih sayang antara keluarga. Pendek kata, agama akan membawa mereka memperolehi keberkatan dalam kehidupan mereka.
Rasulullah SAW dalam memberikan panduan kepada lelaki yang mencari isteri. Baginda menekankan nilai keagamaan. Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Ambillah yang beragama, supaya kamu berbahagia.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

u50

3) Akhlak Islam
Akhlak Islam juga merupakan prinsip penting sebagai teras pembentukan keluarga Islam. Nilai itu dijadikan tenaga penggerak untuk menghidup dan mengarahkan seluruh keluarga mendapat kebahagiaan hidup, kesejahteraan pergaulan, keharmonian dan seterusnya mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
Akhlak yang dimaksudkan adalah akhlak ketakwaan. Ia bermotifkan keimanan kepada Allah dan pernyataan telus untuk mendapatkan keredhaanNya dan kebahagiaan di akhirat. Dalam hal ini, rumahtangga yang didirikan mestilah benar dalam percakapan dan tindakan, amanah dan bertanggungjawab serta membawa seisi keluarga tunduk dan patu kepada Allah.
Justeru, keluarga yang mengamalkan akhlak mulia akan menyumbang kepada kemajuan dalam sesuatu bangsa atau negara. Sebaliknya akhlak yang buruk akan meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat.

4) Kepimpinan Rumahtangga
Kepimpinan adalah tanggungjawab dan amanah. Kepentingan pemimpin dalam sesuatu badan atau institusi tidak boleh dinafikan kerana tanpa pemimpin, institusi itu tidak boleh berjalan dengan lancar. Oleh kerana itu, Islam turut menekankan pentingnya pemimpin dalam kelompok masyarakat termasuk dalam aspek keluarga. Seorang ketua berperanan untuk membimbing keluarganya ke arah kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat amatlah diperlukan.

Tugas sebagai seorang pemimpin ini perlulah diperuntukkan kepada suami atau lelaki selaras dengan fitrah yang dianugerahkan kepadanya. Kaum lelaki lebih berupaya berbanding dengan kaum wanita termasuk melaksanakan kerja yang memerlukan tenaga. Justeru, amatlah wajar setiap kepimpinan termasuk kepimpinan rumahtangga dan masyarakat berada di tangan kaum lelaki.

Categories: Indahnya Kasih
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: