Home > Tazkiyatun Nafs > ~Tegur Atau Diam~

~Tegur Atau Diam~

TEGUR ATAU DIAM

[Tazkiyatun Nafs]

indahkhairani.wordpress.com

home_security

Apa yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya?

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azabNya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.”
(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu dosa. Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata-mata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.

Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain, tetapi sebaliknya untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

Peranan seorang Muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.

allah

Renung-renungkanlah……=)

Categories: Tazkiyatun Nafs
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: