Home > Islam dan Amalan > ~Adab Menguap~

~Adab Menguap~

ADAB MENGUAP

[Islam dan Amalan]

indahkhairani.wordpress.com

47006374baa7043a79bn5

1. Menahan menguap sekadar termampu.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi Muhammad saw, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: sesungguhnya Allah suka orang yang bersin, lalu mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallah’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sesungguhnya apabila seseorang menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Apabila seseorang menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada Nabi Muhammad saw katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang menguap, jangan sampai berbunyi “haaaaaa…….haaa”, kerana itu adalah daripada syaitan yang mentertawakanmu.

67469_menguap_thumb_300_225

Categories: Islam dan Amalan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: