Archive

Archive for the ‘Biasan Hati’ Category

~Jauhi Mentaliti Interior~

September 10, 2009 Leave a comment

JAUHI MENTALITI INFERIOR

[Biasan Hati]

indahkhairani.wordpress.com

12_8X6

Pernahkah anda berasa takut untuk menjawab pertanyaan guru kerana anda khuatir jawapan yang bakal diberikan salah?? Ataupun anda menolak tawaran menyertai pertandingan kerana berasa diri tidak bagus?? Ini bermaksud anda mungkin tergolong dalam golongan pelajar yang mempunyai mentaliti inferior.

Tahukah anda apa itu mentaliti inferior?? Ia adalah satu perasaan tidak yakin terhadap kebolehan diri, serta takut menghadapi cabaran. Mentaliti seperti ini perlu kita hindari kerana ia akan menjurus kepada kegagalan. Marilah kita sama-sama renungi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). ( Surah at-Tiin:4) Read more…

Categories: Biasan Hati

Pembuka Bicara

August 28, 2009 Leave a comment

Assalamualaikum wbt…

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka dapat saya merealisasikan hasrat untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat menerusi blog. Ini adalah satu satu wadah perjuangan saya dan sahabt-sahabat untuk sama-sama memartabatkan agama Islam menerusi penggunaan kemudahan kemodenan kini.

Pada sahabat-sahabat, sudilah kiranya untuk menyumbangkan sedikit komen membina, atau memberikan secebis ilmu pengetahuan, untuk kita kongsi bersama-sama, InsyaAllah…

Semoga dengan usaha kita yang terlalu kecil dalam menjulang agama Allah di muka bumi ini, Allah akan selalu bersama kita dan memberkati perjuangan ini. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang enak dipandang mata hati itu, datangnya dari kedhoifan diri saya sendiri.


Sekian, terima kasih.

Secebis Bingkisan Hati

03.31 am

29 Ogos 2009 (8 Ramadhan 1430H)

Categories: Biasan Hati