Archive

Archive for the ‘Dakwah Menuju Allah’ Category

~Pengurusan dan Cabaran Dakwah Kontemporari~

September 28, 2009 Leave a comment

PENGURUSAN DAN CABARAN DAKWAH KONTEMPORARI

[Dakwah Menuju Allah]

indahkhairani.wordpress.com

0037

Agama adalah perkara yang sangat sensitif, walaubagaimanapun Islam mesti dikembangkan sebagai satu tanggungjawab atas setiap individu Muslim. Setiap orang Islam adalah juga seorang pendakwah yang mesti menyeru kepada Islam. Bagaimanakah Islam dapat disampaikan sebagai cara hidup kepada setiap bangsa di negara ini? Tentu saja dakwah Islam mesti terlebih dahulu diuruskan oleh suatu sistem pengurusan yang cekap dan strategik sehingga dapat menguruskan umatnya sebelum dapat diterima oleh orang bukan Islam.

Mesej yang ingin disampaikan oleh pendakwah Muslim mestilah sistematik dan melibatkan perancangan yang teliti, organisasi yang berstruktur dan menggunakan tenaga manusia yang berkualiti serta diyakini. Apakah dalam era sekarang, dakwah Islamiah masih dapat disampaikan melalui ceramah, kuliah subuh, usrah, qiamullail, bengkel dan seminar? Read more…

Advertisements
Categories: Dakwah Menuju Allah

~Ciri-Ciri Penting Seorang Daie~

September 28, 2009 Leave a comment

CIRI-CIRI PENTING SEORANG DAIE

[Dakwah Menuju Allah]

indahkhairani.wordpress.com

pendakwahmudausim

1) Ikhlaskanlah niat kerana Allah semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2) Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu, dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3) Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.
4) Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut, mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menurut jejak langkah Rasulullah.
5) Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad’u yang didakwahnya. Read more…

Categories: Dakwah Menuju Allah