Archive

Archive for the ‘Indahnya Kasih’ Category

~Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur~

October 1, 2009 Leave a comment

ALLAH TAMBAH NIKMAT JIKA BERSYUKUR

[Indahnya Islam]

indahkhairani.wordpress.com

berdoa

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung, mata dan sebagainya sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemahnya manusia ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat contohnya, kita dapat mendengar, bercakap dan sebagainya.

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Nikmat bersifat fitri atau asasi, iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang, iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl ayat 78) Read more…

Categories: Indahnya Kasih

~Prinsip Keluarga Islam~

September 28, 2009 Leave a comment

PRINSIP KELUARGA ISLAM

[Indahnya Kasih]

indahkhairani.wordpress.com

gallery-msg-118104909056

Islam telah menggariskan pembentukan keluarga berasaskan prinsip yang terang dan jelas. Tanpa prinsip itu, rumahtangga yang dibina sukar melepasi cabaran dan rintangan yang mendatang. Antara prinsip yang digariskan oleh Islam adalah:

1) Akidah
Menurut Islam, keluarga tidak mungkin dibina tanpa diasaskan atas akidah dan keimanan. Oleh kerana itu, Islam melarang umatnya sama ada lelaki mahupun perempuan berkahwin dengan orang bukan Islam.
Dalam konteks pembentukan sebuah keluarga bahagia, akidah yang mantap akan menjadi asas kekuatan sesebuah rumahtangga. Pegangan akidah yang mantap akan menanamkan keimanan yang teguh terhadap Allah dan akan mendorong pasangan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Hasilnya sebuah keluarga yang dibina akan memperolehi kehidupan yang baik dan diredhai Allah SWT. Read more…

Categories: Indahnya Kasih

~Bersopan Santun Dalam Pergaulan~

September 28, 2009 Leave a comment

BERSOPAN SANTUN DALAM PERGAULAN

[Indahnya Kasih]

indahkhairani.wordpress.com

1611141139_d54733f7e0

Bersopan santun merupakan salah satu daripada akhlak mulia yang amat dititik beratkan oleh Islam. Seseorang yang bersopan santun dipandang elok dan indah di samping dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Sementara perbuatan biadab dan kurang ajar pula amat ditegah. Perbuatan seperti ini hanya akan mengundang keburukan dan dipandang jelek oleh masyarakat.

Setiap hari pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai golongan sama ada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran, saudara mara, guru, rakan-rakan dan sebagainya. Ini bermakna setiap hari kita bergaul dan berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling kita. Jadi, kita perlulah menjaga adab sopan ketika bergaul dengan mereka. Bersopan santun itu pula bukan sahaja dilihat dari sudut tingkah laku, tetapi juga dari sudut percakapan dan pertuturan.

Antara adab sopan yang perlu dijaga dalam pergaulan ialah:
• Sentiasa merendah diri dan bersikap lemah lembut.
• Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
• Menjaga air muka dan maruah diri.
• Bermanis muka dan memberi salam apabila bertemu.
• Bertutur dengan kata-kata yang baik, sedap didengar dan tidak sia-sia.
• Tidak menyakiti atau menyinggung peras
aan orang lain.
• Tidak bersikap kasar dan sentiasa menghindari perselisihan dan persengketaan.
• Tidak suka mencemuh, merendah serta mengaibkan orang lain.
• Tidak bersikap sombong, bangga diri, angkuh serta biadab.
• Bersikap menyenangkan serta menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.

DSC00376

Categories: Indahnya Kasih

~Kelebihan Bersedekah~

September 28, 2009 Leave a comment

KELEBIHAN BERSEDEKAH

[Indahnya Islam]

indahkhairani.wordpress.com

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

Sedekah bererti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan khususnya fakir dan miskin dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Bersedekah merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam kerana kelebihannya yang begitu besar. Antaranya dapat meringankan beban mereka yang berhajat dan memerlukan bantuan, membuang perasaan tamak dan sombong dalam diri, mengeratkan hubungan silaturrahim di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

sedekah4

Amalan bersedekah tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya, malahan orang-orang yang berpendapatan rendah pun dituntut supaya bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing. Sedekah pula terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada sedekah dengan wang ringgit, pakaian, makanan, sumbangan tenaga dan sebagainya. Read more…

Categories: Indahnya Kasih

~Islam Dan Kasih Sayang~

September 4, 2009 Leave a comment

ISLAM DAN KASIH SAYANG

[Cahaya Kasih]

Valentine Day - 6

Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji.

Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Read more…

Categories: Indahnya Kasih