Archive

Archive for the ‘Islam Dan Kita’ Category

~5 Perkara Yang Mesti Disegerakan~

September 28, 2009 Leave a comment

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

[Islam dan Kita]

indahkhairani.wordpress.com

jalan

Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima perkara yang termasuk sunnah Rasulullah saw:
1) Memberi makan tetamu apabila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat apabila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, apabila cukup umur.
4) Membayar hutang, apabila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, apabila ia telah melakukannya.

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA:

Daripada Sufyan Sauri: Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul dalam dirinya lima perkara:
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

Advertisements
Categories: Islam Dan Kita

~Budaya Tegur Menegur~

September 28, 2009 Leave a comment

BUDAYA TEGUR MENEGUR

[Islam dan Kita]

indahkhairani.wordpress.com

jangan_tegur[1]

Amalan tegur menegur merupakan asas di dalam konsep amal makruf nahi mungkar. Untuk menjadikan amalan ini sebagai satu budaya bukanlah sesuatu yang susah. Semua orang boleh membuat teguran terutamanya dalam berdakwah. Jika melihat seseorang melakukan kesalahan, maka tegurlah dia. Mudah-mudahan dengan teguran itu bukan sahaja dapat membetulkan kesalahan mereka, tetapi ia juga dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama. Ingatlah bahawa sudah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesalahan, dan amalan tegur menegur ini dapat membantu kita untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang dan seterusnya membentuk ummah yang gemilang.

Ini dapat diperhatikan dalam firman Allah surah az-Zariyat ayat 55 yang bermaksud:
Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. Read more…

Categories: Islam Dan Kita

~Jom Jadi Bijak!!~

September 28, 2009 Leave a comment

JOM JADI BIJAK!!

[Islam dan Kita]

indahkhairani.wordpress.com

Apabila disebut perkataan ‘bijak’, apa yang tergambar dalam fikiran kita??? Adakah sekadar bijak dalam pelajaran?? Sebenarnya, perkataan ini merangkumi semua perkara dalam kehidupan.

naruto-ultimate-ninja-storm-pics-20080416032149385_640w Read more…

Categories: Islam Dan Kita

~Hikmah Bangun Sahur~

September 4, 2009 Leave a comment

HIKMAH BANGUN SAHUR

[Mutiara Ramadhan]

sahur

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Read more…

Categories: Islam Dan Kita

~Di Sebalik Kebesaran Ilahi~

September 4, 2009 Leave a comment

DI SEBALIK KEBESARAN ILAHI

[Islam Dan Kita]

SEPOHON kaktus yang dahannya membentuk perkataan Allah, sebungkah batu di tengah lautan bagaikan orang sujud, juga masjid yang tidak runtuh selepas kawasan sekitarnya hancur dilanda bencana hanya sebahagian kecil daripada gambaran kebesaran dan keagungan Ilahi.

Ada yang keadaan itu sebagai kebetulan. Namun pada hakikatnya, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang bukan saja melambangkan kebesaran Allah malah pengajaran yang boleh dihayati daripadanya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.” Read more…

Categories: Islam Dan Kita