Archive

Archive for the ‘Tauladan’ Category

~Berjiwa Penyayang Seperti Nabi~

September 28, 2009 Leave a comment

BERJIWA PENYAYANG SEPERTI NABI

[Tauladan]

indahkhairani.wordpress.com

muhammad

Manusia secara nalurinya dikurniakan perasaan kasih sayang. Perasaan ini amat penting dalam kehidupan. Orang yang hidupnya dilimpahi dengan kasih sayang akan sentiasa ceria kerana jiwanya tidak kosong. Sebaliknya mereka yang kurang mendapat kasih sayang akan hidup tanpa arah tuju yang jelas. Selain daripada kasih sayang kepada ibu bapa, ahli keluarga serta sahabat, perlulah juga diingat bahawa ada insan lain yang memerlukan kasih dan perhatian kita. Antaranya anak yatim, orang kurang upaya, warga emas tanpa waris termasuk juga saudara muslim kita yang teraniaya dan dizalimi. Apabila adanya sifat kasih dan sayang kepada golongan ini sudah pasti kita akan membantu mereka dengan seikhlas hati.

Amalan berkasih sayang ini sebenarnya telah disarankan oleh Islam sejak awal lagi seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri. Terdapat banyak sunnah baginda yang menyarankan supaya kita berakhlak mulia antaranya sifat berkasih sayang sesama Muslim. Baginda seorang yang berjiwa penyayang bukan sahaja terhadap isteri-isterinya, anak-anak dan cucunda baginda tetapi juga kepada seluruh umat manusia. Apa yang dilakukan oleh para sahabat juga merupakan ikutan daripada apa yang mereka telah saksikan dari diri Rasulullah. Read more…

Categories: Tauladan

~Contohi Rasulullah SAW~

September 4, 2009 Comments off

CONTOHI RASULULLAH

[Tauladan Hidup]

Kelahiran Rasulullah SAW adalah umpama obor yang menyuluh umat kepada jalan yang benar. Baginda merupakan rahmat Allah kepada sekalian alam sebagaimana fiman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107 yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

muhammad_saw Read more…

Categories: Tauladan