Archive

Archive for the ‘Tazkiyatun Nafs’ Category

~10 Jenis Orang Islam Yang Kejam~

October 1, 2009 Leave a comment

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
[Tazkiyatun Nafs]
indahkhairani.wordpress.com

2_976914814l

Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh jenis daripada kekejaman ialah:

1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2) Seorang yang membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4) Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seorang yang sampai di suatu ibu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6) Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu.

Advertisements
Categories: Tazkiyatun Nafs

~Tegur Atau Diam~

September 28, 2009 Leave a comment

TEGUR ATAU DIAM

[Tazkiyatun Nafs]

indahkhairani.wordpress.com

home_security

Apa yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya? Read more…

Categories: Tazkiyatun Nafs

~Menjauhi Maksiat~

September 28, 2009 Leave a comment

MENJAUHI MAKSIAT

[Tazkiyatun Nafs]

indahkhairani.wordpress.com

logo-anda-bijak-jauhi-zina

Sesungguhnya Islam mensyariatkan dua bentuk amalan kepada umat manusia iaitu pertama dalam bentuk perintah mengerjakannya manakala keduanya perintah larangan daripada mengerjakannya. Kedua-dua perintah dan larangan itu adalah dituntut daripada dilakukan oleh manusia amnya serta orang-orang Islam khasnya.

Dalam memenuhi tuntutan syariat tersebut, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama itu lebih berat berbanding melaksanakan perintah-perintah agama. Setiap orang mampu melaksanakan perintah-perintah agama sebaliknya bukan semua orang mampu melawan godaan nafsu syaitan yang mengajak untuk berbuat maksiat dan perkara mungkar. Read more…

Categories: Tazkiyatun Nafs